
Anonymous
5 tahun
Cara menyembuhkan penyakit sifilis
hi saya mengidap sifilis. macam mana saya nak dapatkan rawatan di hospital kerajaan. tolong saya. terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sebelum saya menerangkan rawatan bagi penyakit sifilis, saya perlu mengetahui bagaimana anda pasti bahawa anda menghidap sifilis? Gejala sifilis biasanya adalah luka pada bahagian kemaluan yang dipanggil chancre. Ia juga boleh menyebabkan gejala sepertipedih ketika membuang air kecil.
Bagi mengetahui apakah sebenarnya punca masalah yang anda hadapi serta merawatnya, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Ada boleh pergi ke klinik kesihatan kerajaan dan mengambil ujian tertentu bagi menentukan jangkitan yang anda alami sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.