Sulit
2 tahun
Cek upt positif…tapi pendarahan kelua
Sya lewat period 6 hari…hari ke 4 sya cek upt positif hari ke 6 sya cek upt masih lagi positif tpi line kabur…tpi di hari ke 6 pendarahan klua…adakah kandugan sya tak menjadi…dan ap perlu sya buat???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah pendarahan awal kehamilan ini tidak normal dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Pendarahan implantasi
- Keguguran yang terancam
- Ovum yang hancur
- Kematian janin di dalam rahim
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan molar
- Pendarahan postkoital- pendarahan vagina selepas hubungan kelamin. Ia adalah normal semasa kehamilan.
- Pendarahan juga mungkin disebabkan oleh punca-punca yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Sebagai contoh, trauma atau koyakan di dinding faraj, dan beberapa jenis jangkitan boleh menyebabkan pendarahan.
Bagaimanapun, secara amnya, gejala lewat haid juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara selain kehamilan, antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Akan tetapi, ia juga boleh berpunca atas beberapa faktor kesihatan yang lebih serius , seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mengenalpasti punca masalah haid yang anda alami agar rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih