Sulit
3 tahun
Cirit birit berdarah,demam
…
Hi,saya berumur 17 tahun.pada tahun lepas saya mengalami kronik sembelit yang teruk seperti membuang najis yang keras serta berlaku pendarahan,selepas itu saya membuat rujukan di hospital pakar.,selepas itu okey balik …sejak dua tiga minggu ni ,saya kerap cirit birit berserta darah setiap kali hendak membuang najis,darahnya juga bnyk bole penuh satu mangkuk tandas,saya juga kerap berasa demam dan sakit kepala secara tiba-tiba,bole saya tahu mengapa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan keadaan yang anda alami, seperti:
- Buasir ( hemorrhoid )
- Anal fistula (rekahan pada bukaan lubang punggung)
- Tahi yang keras
- Ulser di saluran usus
- Inflammatory bowel diseases ( ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Kanser usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dapat diberikan. Ia juga boleh berpunca dari sebab yang tidak disebutkan di atas.
Sila berjumpa dengan doktor segera kerana anda mengalami najis berdarah dan ia memerlukan perhatian segera oleh doktor dan anda kerana kehilangan darah boleh menyebabkan masalah lain pula.
Sila pantau gejala anda dan sila beri perhatian kepada gejala ini dan berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Pucat
- Pitam
- Lemah badan dan lesu
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Sakit perut
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami tentang masalah yang dihadapi. Terima kasih.