Sulit
2 tahun
Contact rapat positive covid 9 test RTK
suami sy kerja restoran, beberapa pekerja mngalami demam biasa pada masa yg sama jadi majikan beri swab test RTK pada setiap pekerja…dan kbanyakkannya positive, sy contact rapat suami sy semasa dia demam sy yg jaga so sni sy nak tnya mcm mna sy boleh dapatkan swab test percuma dripada kkm
Adakah sy perlu mnunggu kputusan suami sy habis kuarantin 10 hari?
Dan benarkah bahawa RTK test akan menunjukkan positive jika baru shja mngalami demam atau selesma wlaupun bkan covid 19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, mengikut garis panduan KKM, ujian RTK-Ag hanya dijalankan atas inidividu yang merupakan kontak rapat dan bergejala. Individu kontak rapat yang lain harus menjalankan kuarantin di rumah dan memantau tahap kesihatan mereka setiap hari selama 14 hari. Sekiranya anda mempunyai gejala semasa kuarantin di rumah, sila laporkan kepada petugas kesihatan supaya langkah-langkah seterusnya dapat diambil.
Ujian RTK-Ag Covid-19 digunakan sebagai ujian saringan untuk mengesan jangkitan Koronavirus dengan pantas. Ketepatan ujian ini adalah di antara 80-90%. Ujian ini hanya boleh mengesan virus Korona dalam badan dan hanya akan menunjukkan positive sekiranya jangkitan tersebut dikesan dalam sampel individu. Namun, ‘false positive’ boleh berlaku tetapi ia jarang berlaku.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi doktor kami secara atas talian atau CPRC berdekatan anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini