tiruselvan89
2 tahun
Covid positif, Nilai CT 33 keatas
Emak saya baru menjalani ujian RT-PCR, nilai CT beliau menunjukkan 33 keatas beliau hanya mempunyai gejala selesema selama 3hari and selepas itu jadi baik. tahap oksigen normal sehingga kini. Adakah tahap CT ini bermakasud keadaaan virus semakin turun dalam badan?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Menurut keterangan anda, kami memahami ibu anda ialah pesakit Covid-19 yang mengalami gejala selsema selama 3 hari. Beliau juga telah membuat ujian PCR dan dapat hasil CT value 33 ke atas. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, CT value atau nilai kitaran ambang adalah sesuatu anggaran mengenai kesan virus dalam badan. Bagi virus Covid-19, CT value 40 ke bawah menunjukkan keputusan positif. CT value yang rendah boleh bermakna bahawa kesan virus (viral load) dalam badan adalah masih tinggi dan mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk menyebarkan virus tersebut. Ia juga boleh bermakna bahawa jangkitan adalah dalam peringkat awal.
Untuk mendapatkan CT value yang tinggi, ibu anda perlu sembuh daripada jangkitan virus ini. Oleh itu, kami menyaran anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut untuk mendapat rawatan yang sesuai.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454 atau mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini