
Anonymous
5 tahun
Cyst di sekeliling ovari
Anak saya berumur 15 thn… baru2 ni darah haid nya keluar selama 52 hari… non stop…sekarang selepas dirawat dah berhenti… cumanya bila di scan,didapati anak saya ada cyst disekeliling ovari… apakah tindakan saya seterusnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cyst atau kista didalam ovari perlu dilihat dari segi saiz dan jumlahnya. Saiz yang kecil dan jumlah yang sedikit pada kebiasaannya akan diletakkan dalam pemantauan. Menurut keterangan yang anda berikan, rawatan sudah diterima oleh anak anda, maka langkah seterusnya adalah meneruskan rawatan yang diterima oleh anak anda sehingga tamat tempoh atau ke temu janji doktor yang seterusnya.
Namun sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.