Sulit
4 tahun
Dada berasa berat apabila menarik nafas
Assalamualaikum… saya berumur 23 tahun(wanita)… pada 25/2/2020 hingga 28/2/2020 bos saya ada pergi ke Indonesian, dan pulang bekerja seperti biasa…saya perasaan pada 19/2/2020 dada saya berasa berat apa bila menarik nafas (tidak terlalu serius)dan sudah 3 hari bermula pada 25/2 saya merasakan dada saya berat apabila menarikh nafas… adakah saya dijangkiti virus covid 19? terima kasih…
pada 25/2-28/2 bos saya ada perti ke indonesi… dan oubatu22
4 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan bukan sahaja disebabkan oleh masalah jantung. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit payudara
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih