Sulit
3 tahun
DARAH BERSAMA LENDIR SELEPAS HUBUNGAN SEKs
saya wanita berumur 28tahun. saya mengalami gejala darah bercampur lendiran semasa buang air kecil…sebelum itu saya telah bersama dengan suami.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anda hampir datang haid
- Kecederaan semasa melakukan hubungan seks
- Kekeringan faraj kerana penggunaan ubat-ubatan
- Jangkitan STD
- Pelvic inflammatory disease
- Fibroid
- Ectropion
- Endometriosis
- Masalah pembekuan darah
- Kanser serviks- jarang pada umur 28 tahun
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.