
Anonymous
5 tahun
Darah haid atau bukan
Hi Doktor. Saya wanita berusia 28 tahun. Sudah 8 bulan mendirikan rumah tangga. Saya mengalami haid yang sangat sedikit bulan ini. Datang lebih awal daripada biasa. Biasany haid saya sebelum ini normal 7 hari. Walaupun jarak tarikh kadang2 datang tidak sama tetapi normal setiap bulan datang. Tapi bulan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Terdapat pelbagai punca perubahan tempoh haid dan kitaran menstruasi anda. Selalunya ia dipengaruhi oleh perubahan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Keletihan
- Aktiviti harian yang sibuk
- Tekanan emosi
- Terlibat dengan kegiatan sukan lasak
- Perubahan berat badan mendadak
- Penyakit seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
Kadangkala masalah haid tidak teratur ini boleh juga menyebabkan kehamilan anda sukar kerana anda susah untuk menentukan bila kah waktu ovulasi.
Sekiranya perkara ini berlarutan dan haid anda menjadi semakin tidak teratur atau terdapat simptom lain yang mengganggu anda ketika haid, anda boleh rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami melalui atas talian secara percuma. Terima kasih.