Sulit
2 tahun
Datang haid sedikit tapi darah tidak melekat di seluar dalam mahupun di tuala wanita
Saya wanita 21 tahun.Saya mengalami datang haid sedikit tapi darah tidak melekat di seluar dalam mahupun di tuala wanita
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang sedikit. Untuk makluman anda, masalah sedemikian boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.