Sulit
3 tahun
Datang Haid Tidak Teratur dan Melebihi 31 hari sehingga masuk dalam wad 3 kali tambah darah dalam badan 2 points
saya masih umur 13 tahun , setiap kali period , period saya banyak dan melebihi menghilang darah dalam badan , period saya x teratur dan kekadang saya rasa x selesa dan lemah . Setiap 3 bulan saya akan jumpa doktor utk rawat darah saya , 3 kali masuk wad sebab darah hampir hilang semua dalam badan , saya di beri ubat penghentikan darah , setiap kali period. Bagaimana utk atasi period yg banyak ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai kitaran haid anda dan perkara ini perlu diberi perhatian dengan segera. Buat pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu boleh mendapat haid yang berlebihan dan tidak teratur seperti:
- Umur: Kitaran haid boleh menjadi tidak teratur pada usia remaja dan semasa menghampiri menopaus
- Fibroid rahim
- Polip rahim
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual atau aktiviti harian yang terlalu padat dan aktif
- Masalah dengan sistem pembekuan darah
- Endometriosis atau adenomyosis
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Saranan kami adalah anda perlu berjumpa dengan doktor segera kerana anda menyatakan anda mengalami lemah-lemah badan dan ia mengganggu aktiviti harian anda. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui puncanya dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Bagi bahagian rawatan pula, ia bergantung dengan diagnosis dan keputusan yang diberikan oleh doktor. Jadi kami tidak dapat memberi kata putus mengenai rawatan atau cara untuk mengatasi masalah yang anda alami.
Jika anda memerlukan pencerahan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor pakar kami. Terima kasih.