Anonymous
4 tahun
Demam dan kerap berak
Hai doktor anak saya bayi berusia 6 bulan hari ini hari pertama demam dan berak secara kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit sedikit adakah merbahaya dan apa langkah yang boleh di lakukan ya
Bayi masih aktif
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, demam bukanlah suatu penyakit, tetapi gejala bagi sesuatu penyakit. Demam biasanya menandakan bahawa terdapat jangkitan yang sedang berlaku pada anak anda.
Selain itu, berak berulang juga boleh menjadi tanda cirit. Sebaiknya anda menghitung berapa kali bayi anda buang air besar dan kenalpasti juga konsistensi najis, warna serta lendiran pada najis bayi.
Sebaiknya anda langsung membawa bayi ke doktor untuk dapat diperiksa dan diberikan pengubatan sesuai kondisi bayi. Sebaiknya anda membawakan ke doktor berbanding mengubati sendiri kerana dikhuatiri bayi dehidrasi dan memerlukan perawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.