biangkong89
4 tahun
Demam Dan sakit tekak. Demam berterusan. Sakit tekak da ok pastu mlm Rasa mcm kering lgi. Rasa tekak xselesa
Saya ibu berumur 31tahun Dan Ada baby 5bulan.hari k3 pkp sakit tekak…sy mnum ubat smpi tekak XSakit lgi…tp tekak kering.hari ke6 pkp sy xambik ubat da…tp bdn Rasa demam…tp xdemam…cuma Rasa panas dalam hidung Dan mulut…Rasa panastu smpi skrg…Dan kadang tekak dada kering ckit…Adakah normal demam berterusan atau covid19…anak panas on off…slsma kdg2 Ada.Ada bunyi ckitt lgi pada paru2
4 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, masalah demam dan sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain COViD-19. Antaranya:
- jangkitan virus ‘common flu’
- Tibi
- jangkitan paru-paru
- Asma
Walaubagaimanapun, kita masih belum boleh mengecualikan COVID-19. Sila nilai risiko rakan anda melalui kuiz berikut:
- Anak anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda dia akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini