Sulit
3 tahun
Demam datang dan sakit kepala serta muntah
Saya mengalamai demam sekejap-sekejap dan sering sakit kepala dan mahu muntah…urat2 kaki dan anggota badan sy semua sakit…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keracunan makanan
- jangkitan virus; rotavirus
- demam denggi
- radang usus
- demam biasa
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!