
mapleleong
5 tahun
Demam dengan sakit tekak
Saya wanita 22 tahun dan skrg saya ada deman dgn sakit tekak, with existing condition of runny nose tp x ada batuk. Demam saya sudah mula sejak 2 hari lalu, dan 4 hari lalu saya baru berada di KL, dan uni saya baru confirm ada kes virus. Adakah saya perlu pergi ke klinik atau hospital public/private? Skrg saya hanya berada di rumah dan makan panadol. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID19 memandangkan anda mengalami demam dan sakit tekak serta baru sahaja berada di Kuala Lumpur.
Berdasarkan simptom ini, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:
- Risiko sederhana rendah: Anda perlu menjalani kuarantin kendiri sekurang-kurangnya 14 hari. Ada juga perlu untuk memantau perkembangan kesihatan badan anda seperti suhu badan dan mengawasi sebarang simptom COVID-19 seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam.
- Risiko sederhana : Anda digalakkan untuk pergi ke hospital ataupun klinik bedekatan untuk melakukan pemeriksaan khas bagi COVID-19.
- Risiko tinggi: Anda perlu untuk pergi ke fasiliti kesihatan dengan kadar segera. Sekiranya anda didapati positif COVID-19, anda akan dirujuk kepada hospital khas dan mendapatkan rawatan lanjut. Anda juga akan dikuarantin di fasilit kesihatan tersebut untuk tujuan pemantauan.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala ini juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan organ
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini