
Sulit
3 tahun
Demam sakit kepala sangat kerap
saya wanita 22 tahun,mengalami demam dan sakit kepala berbanjangan.lebih lebih lagi pada waktu malam. saya dah demam 3 hari. saya tidak tahan dengan sakit kepala saya. pada waktu malam saya sangat sejuk. dan kadang kadan berasa panas atau normal.adakah patut saya ke klinik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu demam dan sakit kepala yang kerap. Untuk makluman anda, secara umum, masalah sedemikian boleh berpunca daripada pelbagai penyebab, antaranya:
- Jangkitan virus atau bakteria seperti penyakit tibi atau sinusitis. Jika anda dijangkiti tibi, anda berkemungkinan besar mengalami demam yang lebih teruk waktu malam, demam menggigil dan berpeluh-peluh, batuk berkahak serta keturunan berat badan. Tibi memerlukan rawatan dengan beberapa jenis ubat selama 6 hingga 12 bulan. Sinusitis adalah satu kemungkinan bagi simptom yang anda alami kerana penyakit ini boleh menyebabkan sakit sebelah kepala yang mungkin membawa sensasi pening. Rawatan yang dapat membantu ialah ubat antibiotik.
- Penyakit kelamin seperti HIV juga boleh menyebabkan demam berlarutan. Seseorang yang mengamalkan seks bebas dan hubungan kelamin tanpa perlindungan berisiko tinggi dijangkiti HIV. Rawatan yang berkesan ada tetapi berpanjangan.
- Penyakit autoimun seperti arthritis rheumatoid, systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD). Bagi penyakit-penyakit ini, anda berkemungkinan besar akan mengalami simptom-simptom lain seperti cirit, sakit sendi dan kemunculan ruam. Rawatan yang diberi biasanya adalah untuk mengawal sistem imun pesakit-pesakit yang terjejas.
- Kanser, contohnya limfoma dan leukemia. Jika terjejas, anda mungkin mengalami simptom seperti keturunan berat badan yang drastik, kemunculan benjolan dan lebam tanpa sebab, dan sebagainya. Rawatan yang diberi mungkin melibatkan radioterapi, kemoterapi dan pembedahan.
- Sebab demam yang lain seperti reaksi terhadap sesetengah ubat.
Oleh sebab rawatan bagi setiap kondisi di atas berbeza-beza, anda digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan atau ujian yang lebih lanjut supaya rawatan yang betul dan berkesan dapat diberikan secepat mungkin.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi begi mendapat penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!