Sulit
3 tahun
Demam selesema serta batuk kering telah 2 hari
Saya berumur 39 tahun, ada penyakit darah tinggi. Sudah 2 hari demam, selesema dan batuk kering. Kepala sakit. Di rumah ada seorang anak yang demam juga
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah demam, selsema, batuk dan sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara:
- jangkitan virus
- jangkitan bakteria
- asma
- Jangkitan sinus
- Tibi
Rawatan adalah berpunca daripada masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.