
Sulit
4 tahun
Denyutan di dada dan pernafasan lemah
Saya alami denyutan di dada sya dalam 3 hari yang lepas. Denyutan tu buat pernafasan saya jd lemah. Saya susah utk bernafas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Lemah jantung
- Serangan asma
- Jangkitan paru-paru
- Masalah kelenjar tiroid
- Psikologi:
- Kemurungan
- Keresahan
- Stress
Namun begitu, kami kurang jelas dengan kenyataan “pernafasan lemah” yang dimaksudkan oleh anda dan pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan untuk mengetahui punca mengapa anda mengalami masalah sedemikian.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!