Sulit

2 tahun

Deria bau berubah dan rasa berubah

Salam sejahtera doc,

Sudah hampir 3 minggu lebih saya perasan yang deria bau dan rasa saya berubah dan ia bukan macam sewaktu kena covid itu. Saya sudah bebas dari covid sejak 3 bulan lepas. Dan pengalaman hilang deria bau dan rasa waktu itu boleh dikatakan, memang tak boleh bau dan rasa langsung. Ianya mengambil masa 3 minggu lebih juga (selepas negatif) untuk deria bau dan rasa datang semula. Since that, kedua deria saya dah ok balik namun sudah tidak tajam seperti dulu. Saya fikir semua akan ok balik by time.

Namun sejak lebih 3 minggu lepas, saya perasan deria bau dan rasa lain macam. Saya perasan, hampir setiap makanan yang saya makan rasa sama (rasa tu mengganggu saya sebab rasa tak enak di lidah). Even makan gula-gula, biskut, fast food, semua nya ada rasa yang sama.

Kemudian deria bau saya pula, hanya bau benda yang sama. Saya test hidu 3-4 perfume yang berlainan (which is i know how they actually smelt), tapi semua nya bau yang hampir sama di hidung saya. Dan bau tu tak menyenangkan. Basically, kalau saya duduk dalam bilik sahaja, saya tak bau apa-apa. Tapi bila saya pergi bilik air atau tempat yang sepatutnya ada bau mereka yang tersendiri, bau di hidung saya macam menyengat. Boleh dikatakan bau di hidung saya ini, lebih kurang macam rasa di mulut saya apabila makan.

Disebabkan itu, saya kurang makan kerana tak selesa atau rasa tak sedap ketika makan. Berat saya juga makin berkurangan. Saya agak risau kerana sekarang saya juga sedang mengamalkan gaya hidup yang tak sihat. Tidur lewat sehingga 9 pagi atau 11 pagi untuk menyiapkan Final year project (hampir setiap hari). Dan bulan lepas saya kerap mengalami hidung berdarah. Dan ada sekali saya bangun tidur dan rasa ada lendir dalam mulut. Namun apabila saya ludahkan, rupanya darah yang agak pekat berketul (hanya sekali hari itu saja berlaku). Saya agak risau dengan kesihatan saya dan dengan masalah deria yang saya alami sekarang ini, sangat mengganggu saya. So far saya tak pernah buat check up di hospital lagi. But I would like to know what probably penyebab dan penyakit yang saya alami ini.

Terima kasih.

Salam sejahtera,

Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:

  • Alahan hidung
  • Polip hidung
  • Jangkitan kuman- resdung, brain abscess
  • kecederaan pada hidung- patah tulang
  • ketumbuhan pada hidung/otak
  • Lain-lain- masalah endokrin, kesan ubat-ubatan

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

perempuan%208

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)