Sulit
2 tahun
Deria rasa dan bau pada kadar sederhana
Saya berumur 34 tahun, sudah divaksin pada bulan March 2021. 1minggu yg lepas selepas adanya kontak rapat, saya mula hilang deria rasa tapi pada kadar sederhana…adakah saya perlu pergi utk swab test? Adakah saya berisiko utk positif covid?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami gejala kehilangan deria rasa namun secara sederhana dan ingin mengetahui jika anda perlu melakukan ujian saringan, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, individu yang mengesyaki dijangkiti COVID-19, perlu melakukan ujian saringan walaupun telah melengkapkan dos vaksinasi.
Hal ini adalah kerana terdapat juga individu yang dijangkiti COVID-19 walaupun telah divaksin dan boleh mengalami simptom. Jika positif anda boleh menjangkiti orang lain.
Walaupun vaksin adalah perlindungan yang efektif namun ia tidak memberikan 100% perlindungan terhadap COVID-19. Namun ia boleh mencegah untuk mengalami simptom atau komplikasi yang serius akibat COVID-19.
Anda boleh bercakap dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan kepastian dan agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19 di rumah, secara pandu lalu atau di klinik.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini