
Sulit
4 tahun
Di bahagian mana perlu sy refer utk masalah ini di hospital
Sy telah berkahwin 2 thn tetapi masih takut utk bersama suami.sy tidak mempunyai apa2 fobia atau sejarah lampau.suami pula tidak pernah memaksa.sy perlu rawatan segera utk hilangkan rasa takut ini supaya boleh segera ada anak.jika ke hospital atau klinik, di bahagian mana perlu sy refer? mohon tlg berikan detail hospital atau klinik di KL yg sesuai dgn masalah sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
kami faham situasi yang anda hadapi buat masa ini. Untuk pengetahuan anda, anda boleh menghubungi atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran ataupun membuat temujanji bersama doktor perubatan keluarga untuk mendapatkan nasihat daripada doktor pakar dalam bidang tersebut.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Selain dari itu, anda juga boleh lakukan dua perkara ini:
- Berbincang dengan suami mengenai situasi anda
- Berjumpa dengan pakar psikologi atau mana-mana kaunselor
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah, terima kasih.