
Sulit
3 tahun
Dvt boleh ambil vaksin ke
Penghidap dvt boleh ambil vaksin ke

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda ingin mengetahui jika pesakit DVT boleh menerima vaksin COVID-19 dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, setakat tiada halangan untuk pesakit DVT atau deep vein thrombosis untuk menerima vaksin.
Hanya pesakit yang mempunyai sejarah alahan kepada bahan dalam vaksin ataupun pernah mengalami alahan kepada mana-mana vaksin sebelum ini perlu melakukan konsultasi bersama doktor.
Namun begitu, sesiapa yang mempunyai masalah pendarahan ataupun mengambil ubat anticoagulant atau cair darah perlu melakukan konsultasi dengan doktor dahulu untuk memastikan anda selamat untuk menerima suntikan atau memberikan masa yang sesuai untuk menerima suntikan.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini