Sulit
2 tahun
Ganguan hormon
Saya lelaki 21thun dulu sya suka onani.sekarang dh tak.lama dh tinggal.sya kerap mimpi basah dalam seminggu 2 kali tak tentu la.ada ubat tak nak menangani masalah sya ni doc
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, bagi lelaki yang berumur 15-40 tahun, mereka akan mengalami mimpi basah sekali setiap 3-5 minggu, sementara bagi lelaki yang sudah bernikah antara usia 19-50 tahun, mereka pula akan mengalami mimpi basah sekali setiap 4-8 minggu. Semakin usia meningkat, kekerapan mimpi basah akan menjadi semakin jarang.
Terdapat pelbagai penyebab mimpi basah. Antaranya ialah:
- Aktiviti seks yang minimal dalam kalangan lelaki yang belum berkahwin juga merupakan penyebab mimpi basah. Sering kali, mimpi basah banyak dialami oleh golongan lelaki yang jarang melakukan onani
- Pada fasa awal remaja, penghasilan hormon testosteron akan menghasilkan sperma . Tubuh remaja akan mengalami beberapa perubahan seperti testikel akan berkembang, pertumbuhan rambut kemaluan yang tebal dan turut tumbuh di sekitar organ kelamin serta perubahan suara dan pertumbuhan massa otot. Tinggi dan berat badan juga akan meningkat.
- Semasa tidur, anda akan mengalami pergerakan mata yang sangat cepat atau dikenali sebagai “rapid eye movement (REM)”. Tidur tahap REM berkaitan dengan keadaan bermimpi. Semasa REM terjadi, otak akan menjadi lebih aktif dan pengaliran darah menuju alat kelamin akan meningkat. Situasi ini menyebabkan anda gairah dan mimpi basah terjadi.
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat sedatif boleh menyebabkan relaksasi saraf atau ubat anti-hipertensi boleh menyebabkan saraf yang lemah untuk berfungsi.
- Pengambilan minuman alkohol dan kuat merokok boleh menghalang pengaliran darah dan menyebabkan kelemahan saraf dan rembesan hormon yang terganggu .
- Gangguan kesihatan mental juga boleh mengakibatkan mimpi basah kerana gangguan rembesan hormon terjadi.
- Obesiti dan kurang aktiviti fizikal mengurangkan pengaliran darah ke organ pelvis.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.