
Anonymous
5 tahun
Gastrik selama dua hari
Mak saya sakit gastrik teruk, muntah2 , makan tak lalu, angin dalam perut tak nak keluar, mak saya pakai stoma bag so susah nak kentut and tak buang air besar, apa yang harus saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Gastrik (gastritis) adalah keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Buat pengetahuan umum, istilah ‘gastrik’ yang digunakan bagi merujuk kepada sakit perut ini sebenarnya adalah kurang tepat.
Terdapat beberapa penyebab atau punca yang boleh mengganggu penghasilan mukus di dalam perut, sehingga mendatangkan keradangan. Antaranya ialah:
- Jangkitan bakteria ‘Helicobacter pylori’
- Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs
- Tahap stress yang tinggi pada badan
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.