Sulit
2 tahun
Gastrik yang normal atau gerd
Sye wanita 25thun dan dh berumahtangga.nk tnya.adakah sye gastrik atau gerd?sudah seminggu lebih.prut msh sntiasa rasa sakit dan pedih tajam2 smpai ke ulu hati kdg2.hilang selera mkn .smnggu sblum sya d dapati gastrik.adakah ubat atau pemakanan sye msh xok? Sbb smpai skrg prut msh sakit wlaupun dh mkn ubt gastrik tu.slalu pening mual kdg2 muntah dsertakn dgn pedih panas dlm perut.slalu rasa prut mcm penuh.dan slalu msok angin.berat bdn pon dh menurun dsbbkn hilang selera makan sakit perut.dr 65kg ke 62kg. Adakah gastrik mcm tu msh normal ???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- GERD
- Gastritis
- Peptic ulcer
- Pancreatitis
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Dispepsia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.