
Sulit
4 tahun
Gatal di bahagian sulit
Baru-baru ini, saya menjalani rawatan setelah disahkan mengalami molar pregnancy. Doktor menasihati saya untuk merancang mengandung secara natural (pemakaian kondom). Saya perasan, setelah beberapa kali penggunaan kondom, bahagian sulit dan celah peha saya sering gatal apabila keluar keputihan. Adakah keputihan yang tidak sihat itu terjadi disebabkan perubahan hormon atau penggunaan kondom? Apakah preskripsi ubatan yang perlu saya ambil? Sudah hampir 2 bulan perkara ini berlarutan sampai mengganggu rutin harian saya. Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah gatal pada kemaluan yang ditambah dengan keputihan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara antaranya:
- Sebab fizikal seperti akibat bulu kemaluan
- jangkitan
- alahan kepada bahan seperti sabun, pakaian, atau kondom
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jika anda mempunyai keraguan, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.