
Sulit
5 tahun
Gatal tekak dan demam
Saya mengalami gatal tekak, selepas demam. Kebetulan anak saya baru sembuh dari demam tonsil tapi dia tiada batuk. Adakah saya dijangkiti anak saya? Anak saya berumur 1 tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, tekak gatal boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan selsema berulang (hal ini kerana terdapat pelbagai jenis virus selesema yang mungkin menjangkiti anak puan dan setiap jenis virus selesema boleh menunjukan gejala yang serupa)
- Radang tekak (“Pharyngitis” juga boleh disebabkan jangkitan virus seperti adenovirus, enterovirus)
- Radang tonsil (“Tonsilitis”)
- Bronkitis akut (boleh disebabkan udara panas, asap dan jangkitan kuman)
Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini