
Sulit
5 tahun
Glans alur koronal koyak dan merah
Salam sejahtera saya 20 tahun, dan sye mengalami masalah Glans alur koronal sye kulit koyak dan merah tetapi tidak gatal n sakit. Saya juga guna cream zarin dan ubat cuci iaitu sodium chloride 0.9% yang doktor bagi tetapi masih belum sembuhnya. Adakeh ubat ini sesuai dan sye selalu guna sabun sye iaitu lifebruoy.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Memandangkan anda telah pun berjumpa dengan doktor dan mendapat rawatan sedemikian, anda disarankan untuk meneruskan rawatan tersebut. Pada masa yang sama laksanakan langkah ini untuk memudahkan luka sembuh:
- tidak memakai pakaian dalam yang ketat
- mencuci kemaluan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman
- tidak melakukan aktiviti seksual atau masturbating sehingga sembuh.
- makan makanan seimbang untuk memastikan luka cepat sembuh
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.