
Sulit
4 tahun
Gout kronik (serangan pertama, dalam tempoh pkp fasa tiga dan serangan kedua pada hari semalam)
Ayah saya telah diserang kali kedua gout dan saya dapati ianya gout kronik kerana mengganggu rutin harian. dia juga tidak mengamalkan diabetic diet. bolehkah saya pergi ke farmasi untuk membeli ubat tanpa preskripsi daripada doktor sementara menunggu hari isnin untuk ke klinik yang berdekatan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat gout memerlukan preskripsi doktor kecuali ubat tahan sakit.
Selain ubat, pesakit juga boleh untuk mengawal sakit serangan gout dengan mengubah gaya hidup untuk mengurangkan penyimpanan asid urik. Antara yang dianjurkan untuk dilakukan adalah:
- Diet:
-kurangkan pemakanan yang melibatkan organ dalaman
-kurangkan makanan laut seperti sardin, makanan bercengkerang, bilis
-elakkan alkohol - Pertahankan hidrasi, minum sekurangnya 8 gelas sehari
- Elakkan trauma atau kecederaan di sendi-sendi yang biasa terkena serangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.