
Sulit
3 tahun
Habis berpantang kencing berdarah & terasa sakit
Saya wanita umur 25th , baru habis berpantang harini hari ke 76hari . Saya nak bertanya , kenapa semasa saya kencing terasa sakit & keluar darah tidak terlalu pekat . Boleh saya tahu apa punca nyaa? Terimakasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami iaitu kencing berdarah. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory disease )
Sila jumpa dengan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala di bawah:
- Gangguan aktiviti harian atau tidur
- Terdapat cecair yang berbau atau nanah keluar dari kemaluan anda
- Demam
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Lemah dan lesu
- Hilang selera makan
- Berat turun mendadak
Anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.