
Sulit
4 tahun
Haid datang kemudian berhenti kemudian dtg balik
Hi. Sy anil pil perancang regulon… Period on time tp period sy suka dtg normal 5-6ari lpstu stop… Kemudian dtg balik bwarna coklat… Stop kemudian dtg balik… Tp xdak la lebih dr 14hari…selain itu sy juga guna kaedah rancang mgunakan kondom… Adakah sy alami mslh kesihatan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan:
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah sindro polisistik ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.\