
Sulit
4 tahun
Haid keluar berpanjangan
sya wanita berusia 37 thn. sdah msuk 3 thn mengalami masalah haid yg tidak teratur. mmg stiap bln haid cuma kitaran tidak tetap. dan ada masa berpanjangan sehingga mgambil masa 2 bln. sdah jumpa doktor pakar d hospital kerajaan. sehingga hari ini dktor cuma mengesah kan ada cyst di bawah rahim tetapi tidak merbahaya. dan ujian telah d buat. dktor cuma mgesahkan sya mempunyai masalah hormon dan ujian yg d lakukan tidak menunjukkan kearah kanser. ubt ada d beri tetapi kesan nya tidaklah begitu baik. kesan dri memakan ubat trsebut rambut sya gugur dgn teruk, emosi yg tidak menentu. dan membuatkan sya berhenti memakan ubt trsebut. sb darah haid tetap jga tidak bgs kitaranya. sya nak tanya apa cara lg yg harus sya buat? sya sedang diet, dan blm smpai sbln berat sya turun smpai 7kg, bln lalu sya start diet dan period sya dri 9/3/2021 sehingga 27/4/2021 masih blm berhenti. sekejap banyak sekejap sedikit. ubt yg dktor bg sya berhenti mkn sb buat sya tak selesa dan stress sgt. apa harus sya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Namun, kami tidak menolak kemungkinan bahawa haid yang tidak teratur juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Mengenai ubat yang dikatakan tidak sesuai dengan diri anda, disarankan untuk anda merujuk kembali doktor yang merawat anda dan maklumkan kepadanya agar tindakan lanjut dapat diambil. Pihak kami tidak dapat membuat kesimpulan kerana tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai tahap kesihatan anda selain tidak melakukan pemeriksaan fizikal terhadap anda.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!