Sulit
2 tahun
Haid ketika berhubungan kelamin
Saya wanita berumur 30 ingin bertanya. Kami baru selesai berhubungan kelamin bersama .Tetapi setelah selesai ,saya pergi cuci miss v tengok ada darah keluar bertitik titik .Kalau ikutkan kitaran haid. Harini bermaksud seminggu awal lah dr tarikh bulan yang lepas . Saya risau apa2 kesan pada zakar pihak suami. Adekah membawa kesan apa2 ? Sama ada pada suami @ pada saya sendiri? Dan ,mcm mane nak yakin kan itu adalah darah haid. Sebelum ni sy akan senggugut sebelum datang nya haid hr pertama tp kalini senggugut tak ada . Saya jadj risau berfikiran negative .Boleh doktor terangkan trm ksh
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan diatas, anda mengalami masalah keluar darah selepas bersama dengan pasangan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Spotting
- Sakit akibat dari aktiviti seksual
- luka kelamin menerusi teknik yang terlalu agresif
- kelamin wanita yang tidak cukup basah atau terlalu kering
- posisi atau cara bersetubuh yang salah atau tidak lazim
- Iritasi atau inflamasi pada organ kemaluan
- Gangguan atau alahan kulit
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kelamin
- Vaginismus
- Kelainan anatomi
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.