
Sulit
4 tahun
Haid lambat datang selepas 40 hari
Saya wanita 20an belum berkhawin, saya telah mengambil Vitamin C kali pertama pada hujung bulan 12 dan period terakhir saya adalah pada 1 Jan. Sampai sekarang, 3 March saya belum period lagi selepas haid terakhir saya 12 Jan. Ada kaitan atau say perlu konsult doktor secepat mungkin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Perubahan hormon wanita memainkan peranan yang besar mengenai perkara ini. Berkenaan dengan suplemen vitamin C, ia sebenarnya tidak mempengaruhi kitaran haid seseorang. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya masalah ini berterusan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan sewajarnya.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.