
Sulit
4 tahun
Haid tidak datang 5bulan
Saya wanita 20an…haid saya sudah 5bulan tidak turun,dan perut saya sentiasa rasa sakit, keputihan keluar dengan banyak dan kerap,ape penyakit yg saya hadapi dokter? (saya belum berkahwin)

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal adalah 21-35 hari. Tempoh datang haid normal pula adalah untuk 2-7 hari. Oleh itu, masalah yang anda alami adalah tidak normal. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet-Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Gejala keputihan yang anda alami boleh disebabkan:
Keputihan fisiologi
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Jangkitan dalam rahim akibat jangkita dalam saluran kencing sebelum ini
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!