Sulit
2 tahun
Haid yang tidak teratur dan mengalami haid sedikit dan tidak lama
Saya remaja berumur 19 tahun. Saya mengalami haid yang tidak teratur. Saya tidak datang haid selama sebulan. Sebelum ini haid saya hanya 3 - 4 hari sudah habis dan sedikit. Adakah normal atau saya mengalami masalah lain dan perlu rujuk ke doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mempunyai masalah haid yang tidak teratur, terlalu pendek serta kuantiti yang sedikit. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang dialami boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Stres
- Melakukan senaman berlebihan
- Masalah pemakanan yang tidak mencukupi
- Berat badan terlalu rendah
- Menggunakan pil perancang keluarga
- PCOS
- Kehamilan normal atau ektopik
Berikut merupakan senarai diagnosis umum mengenai simptom yang anda alami. Walaupun begitu, nasihat rawatan serta diagnosis tepat tidak dapat diberikan kerana tiada perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal yang dilakukan.
Bagi pertanyaan lanjut, kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.