Sulit
2 tahun
Haid yg datang secara x teratur
saya berumur 34 thun .sy ingin btya ttng period …sblum ni dtng scara stabil …tp ni dh 3bln x dtng .knpa ya .tp tnda 2skit pinggang .n bdn 2rsa ,skit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah haid yang tidak teratur. Selain itu, anda juga mengalami sakit pinggang dan badan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, haid yang tidak teratur boleh berpunca daripada salah satu perkara di bawah :
- Gangguan tekanan (stres)
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid
- Penggunaan perancangan keluarga
- Fibroid rahim
- Polip rahim
Mengenai sakit pinggang dan sakit badan, ia boleh disebabkan oleh posisi badan yang kurang baik, kekejangan otot, ataupun kecederaan pada bahagian tersebut.
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lanjut. Hubungi doktor kami untuk konsultasi peribadi secara atas talian mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.