Sulit
3 tahun
HALUSINASI atau khayalan
Saya wanita 20’an. saya ingin bertanya adakah ini sikap normal dimana saya sering bercakap sendirian seolah2 saya bercakap dengan orang yang sy kenal. Saya seolah2 mencipta sesuatu situasi dan keadaan yang jauh berbeza dengan keadaan semasa. hal ini berlaku secara spontan. adakah normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah anda.
Untuk makluman anda, halusinasi adalah tidak normal. Ia boleh disebabkan oleh banyak perkara dan memerlukan pertanyaan lanjut. Saya sangat menyarankan anda untuk segera ke klinik psikiatri atau mana mana klinik berdekatan bagi dirujuk ke hospital.
Penyakit sebegini perlu dirawat dari awal dan anda tidak perlu risau kerana ia boleh dikawal. Untuk sementara waktu saya menasihatkan anda untuk sentiasa berwaspada dan mengawal emosi anda.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.