Sulit
2 tahun
Heavy spotting, loya dan kembung perut
saya 25 tahun, sudah berkahwin selama 4 bulan. 2 hari yg lpas saya mengalami spotting pada tarikh sepatutnya saya period. tetapi dengan kuantiti yang banyak tetapi tidak memenuhi pad. diikuti dengan rasa loya dan kembung perut. saya selalu tak boleh tidur malam dan rasa tidak sedap perut. adakah saya mengalami tanda tanda hamil ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami pendarahan spotting, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada anda hamil berdasarkan soalan sahaja. Pemeriksaan lanjut dan juga sejarah kitaran haid anda juga perlu diketahui dengan lebih lanjut. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari
- Sakit ketika dan kerap membuang air kecil
- Loya dan muntah
- Pendarahan berpanjangan
- Sakit kepala
- Pening kepala
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Jantung berdebar
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.