
Sulit
3 tahun
Hi doctor, Sy ada sakit darah pekat.. Antara ubat yg di ambil setiap hari adalah hydroxyurea
Persoalanny adakah sy boleh ambil vaksin covid 19

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, kami sarankan anda untuk membuat pemeriksaan pra-vaksinasi terlebih dahulu kerana lebih banyak maklumat diperlukan untuk memastikan sama ada anda layak ataupun tidak untuk menerima vaksin. Anda juga boleh bertanya dengan doktor yang merawat anda untuk mendapatkan jawapan yang lebih jelas mengenai keadaan anda.
Berikut merupakan antara kumpulan individu yang dikecualikan daripada menerima vaksin menurut garis panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan:
- Sejarah kemasukan hospital disebabkan jangkitan COVID-19
- Mempunyai sejarah alahan terhadap vaksin sebelumnya
- Mempunyai alahan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam vaksin yang diterima
- Mengalami reaksi alahan selepas menerima dos pertama vaksin COVID-19
- Mempunyai sistem imun yang lemah
- Sedang hamil
- Sedang menyusukan bayi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini