Sulit
2 tahun
Hi dr,saya ingin bertanya,saya dan isteri saya bersama dlm 5 minggu lalu,selepas 2-3 hari kami bersama isteri dtg haid, dan period selepas itu tak datang,tetapi simptom2 seperti nak period tu ada,adakah isteri saya hamil yer dokter
Hi dr,saya ingin bertanya,saya dan isteri saya bersama dlm 5 minggu lalu,selepas 2-3 hari kami bersama isteri dtg haid, dan period selepas itu tak datang,tetapi simptom2 seperti nak period tu ada,adakah isteri saya hamil yer dokter
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kehamilan berlaku apabila sperma lelaki memasuki ke dalam sistem peranakan wanita dan menemui sel telur wanita di tiub falopian. Sekiranya isteri anda period, ia bermaksud isteri anda tidak hamil. Kehamilan akan mengubah tahap hormon anda supaya tidak datang haid.
Sebagai info tambahan, sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Diingatkan juga bahawa kadang-kadang ujian kehamilan yang negatif selepas tempoh haid yang terlepas masih boleh bermaksud anda telah hamil. Hormon hCG akan berganda setiap 48 jam pada awal kehamilan. Ujian kehamilan yang negatif pada hari Isnin kemungkinan akan menjadi positif pada hari Rabu. Dan jika ia positif dengan air kencing pertama pada waktu pagi, kemudian pada hari apabila air kencing lebih cair, ia boleh menjadi negatif. Rujuk artikel ini UPT negative tetapi hamil.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.