Sulit
2 tahun
Hidung Kering kurang deria bau
Sy wanita berumur 38thn. Hidung kering kurang deria bau,tidak selesa ditekak spt ada lendir pekat,tidak batuk & tdk selsema. Rasa semput. Bila bernafas seperti udara terus masuk ke tekak. Pernah buat covid test 3x berlainan bulan kesemua result negative. Pernafasan tidak lancar seperti dulu. Mohon nasihat dokter. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham gejala hidung kering, hilang deria bau dan masalah sukar bernafas yang dialami dan ini amat merisaukan anda. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Gejala yang disebutkan oleh anda disebabkan boleh masalah struktur di dalam hidung ataupun punca lain. Ia boleh disebabkan oleh:
- Polip hidung
- Kanser hidung
- Jangkitan hidung
- Kecederaan di dalam hidung
Sesak nafas merupakan gejala yang perlu diberikan perhatian oleh doktor. Sekiranya anda mengalaminya dengan kerap, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera.
Selain itu, anda juga boleh berhubung dengan doktor kami di atas talian untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami mengenai gejala yang dialami.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.