
Sulit
3 tahun
Hiv dan vaksin covid19
Sy hiv positif dan dah stop ubat… Last test cd4 dibawah 100… Bolehkah saya menerima suntikan vaksin covid19?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Anda ingin mengetahui sekiranya anda boleh mendapatkan vaksin walaupun anda tergolongan dalam kalangan positif HIV dan telah berhenti mengambil ubat. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda individu positifi HIV boleh menerima vaksin COVID-19 sekiranya mereka berada dalam keadaan yang stabil atau telah mendapat saranan dari doktor yang merawat.
Namun begitu, hasil bacaan CD4 yang dibawah paras normal berisiko untuk berlakunya jangkitan oportunistik dan perlu mandapat rawatan segera.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk ke doktor atau pusat vaksinasi yang berdekatan untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh menghubungi doktor secara atas talian sekiranya masih ragu-ragu atau memerlukan bantuan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini