Sulit
2 tahun
Hormon tak stabil
Saya lelaki 21 time tidur air mani sya keluar sendiri,mimpi basah.seminggu 1,2 kali berlaku.ada ubat tak doc
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara umum, air mani yang keluar dengan sendiri boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, seperti:
- Mimpi basah hal ini dapat dianggap normal. Kadang tanpa mimpi terjadi pengeluaran air mazi sehabis bangun tidur
- Kesan sampingan ubatan
- Kulit kemaluan yang terlalu sensitif dan mudah teransang
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan segera, seperti:
- Masalah prostat seperti keradangan ataupun kanser
- Kerosakan saraf - biasanya terjadi pada usia tua, atau akibat kecederaan, dan jangkitan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.