
raihanaramle
5 tahun
Hypothyroidism setelah rawatan RAI
Saya wanita bujang berumur 28 tahun yang menghidapi hypothyroid sejak menjalani RAI 2 tahun yang lepas. Saya mengambil Levothyroxine 100 microgram setiap hari. Setelah RAI, saya mengalami masalah berat badan (80kg) dimana saya sukar untuk mengembalikan berat saya kepada yang asal (57kg). Berbagai jenis diet telah saya lakukan tetapi hasilnya tidak memuaskan. Persoalan saya;
- apakah jenis2 makanan yang perlu saya ambil untuk mengatasi kenaikan berat badan?
- adakah pengambilan levothyroxine sebanyak 100 microgram mencukupi untuk saya?
- apakah rawatan yang perlu saya lakukan untuk mengawal hypothyrois sekiranya saya ingin berkahwin dalam jangka masa terdekat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jenis makanan yang anda perlu amalkan makanan sihat tapi mengira kalori sehingga mencapai 1200kcal dalam sehari. Anda juga disarankan untuk berjumpa dengan pakar diet kerana mereka lebih lagi mengetahui diet yang sesuai mengikut individu.
Bagi mengetahui samada ubat yang anda ambil mencukupi, anda perlu berjumpa dengan doktor kerana terdapat ujian darah yang digunakan untuk melihat keberkesanan ubat. Walaubagaimanpun, sekiranya anda mengalami gejala hypotiroidism, perkara tersebut merupakan penanda aras tidak berkesan. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda kerana doktor anda lebih mengetahui tentang keadaan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.