
Sulit
5 tahun
Ibu hamil sipilis bayi baru lahir
Hello dol,sy brumur 25 tahun dan baru melahirkan seminggu yang lepas.semasa hamil sy vdrl sy positif sipilis dgn title 1:4 selepas rwatan 1:2.sekarang bayi sy dalam rawatan dan sedang mnunggu result drah nye.sekiranya bayi ada sipilis…berapa kah title nye?dan rawatan seperti apa dibagi kepada nya? Adakah dia akan terus ditahan di ward kanak2?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, mengenai berapa titre sifilis bayi anda perlulah menunggu keputusan dari pihak hospital. Sekiranya tinggi, pihak hospital akan memastikan samada tiada gejala yang dialami oleh bayi anda dan sekiranya perlu, mungkin akan ditahan di wad bagi memastikan kesihatannya benar-benar baik. Rawatan bagi sifilis ialah antibiotik, namun bagi bayi yang sangat muda ini mereka memerlukan juga sokongan dari segi pemakanan dan lain-lain yang akan diselia oleh hospital.
Anda disarankan untuk berbincang akan kaedah rawatan yang diberikan oleh doktor hospital dan mengikuti rapi perkembangan daripada pihak mereka. Sekian