Sulit
2 tahun
Jangkitan kuman saluran kencing
Sy lelaki berumur 33 tahun,doc nk tanya kenapa sy punya kemaluan keluar lendir selepas kencing kadang² terasa sakit semasa kencing sendi2 pon terasa lenguh…boleh bg pencerahan doc
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan saluran/pundi kencing
- Batu karang
- Alahan saluran kencing terhadap sabun
- Jangkitan penyakit kelamin - sekiranya ada melakukan seks bebas
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda,ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut diperlukan. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Saya berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah