
Sulit
5 tahun
Jangkitan yis di vagina
2minggu lepas sy terkena jangkitan yis sebab sy salah pakai cream veet di kawasan kemaluan saya. Selepas seminggu baik dari jangkitan yis, sy dapati terdapat biji biji kecil di kawasan labia saya dan kadang2 gatal.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jerawat pada kemaluan
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan ketuat
- Penyakit kulit seperti ekzema/lichen planus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.