
Sulit
3 tahun
Jantung bedebar ketika baring
Doctor, sudah sebulan saya tak minum air manis. Adakah ini punca jantung sy kadang2 berdebar ketika baring?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda dan di sini kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala jantung berdebar dan laju boleh disebabkan oleh:
- Kekurangan gula dalam badan (hipoglisemia)
- Sangat tertekan
- Cemas dan panik
- Hamil
- Mengambil ubat yang merangsang jantung
- Penyakit hipertiroidisme
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Mempunyai masalah jantung yang lain seperti “arrhythmia”, kecacatan jantung dan serangan jantung
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Jika anda ingin bercakap dengan doktor secara atas talian perihal kesihatan jantung secara PERCUMA, sila klik pada link di bawah
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.