Sulit
3 tahun
Jari menjadi cepat kecut
Saya wanita berumurn21 tahun. Saya persan sejak kebelakangan ini jari saya jadi mudah kecut wpun hanya mandi atau membasuh tangan. Apa yg perlu saya laku kan
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, perkara yang anda alami adalah normal. Namun, jangan risau kerana ia bersifat sementara. Selepas beberapa minit ia akan kembali normal.
Jika jari anda menjadi berkedut, pedih, berubah warna dan bernanah, maka hal tersebut yang merupakan perkara serius. Oleh itu, kunjungi doktor berdekatan atau hubungi kami jika ia berlaku.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.